Followers

Friday, 4 May 2012

Tuhan beri aku cinta.....


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Friday, 20 April 2012

CinTailah Akhlak NaBi MuhaMMad S.A.W

kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran:-
1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”
4.) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5.) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
6.) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7.) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

doA SolaT IstIKHaraH

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

seBagAi RenuNGAn bersAMA

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Thursday, 19 April 2012

to All My Bff


Friendship

A friend is someone who brighten your day with a smile,

A warm hello or gentle words from the heart,

A friend is given to be cherished and nurtured our life,

A friend is a treasure beyond worth,

I’m so grateful to call you as my friend……………….!!!!!!!!!!!!!

Especially dedicate to all my friends.

kAHEtaBen oATk MuSaNIa


Stau kijaan ynag dilkaukan oelh unviseirti cambrgid meyenbut , tdiak kria mcaam mnaa uturan hruuf-hruuf dlaam ssuetau pkeartaan ynag plaing petning ilaah hruuf pterama dan ynag takerhir bareda pdaa kudadekun ynag butel . mamengalh hruuf-hruuf itu brecumak dan pkeartaan dmei pkeartaan ynag dtanag sleepas itu mbabenyeakn kseilpaan itu jdai bregnada-gnada , tpai ktia tatep bleoh mabemca tpana sebraang maslaah .

Kepana? Sbeab oatk tdiak mabemca hruuf-hruuf itu sareca tearsing , tpai pkeartaan teserbut sareca kasueruelhn ,

Hbeat kan!!!

Wednesday, 18 April 2012

BffKU ~never End~

 
 
 
 
 
 

KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI
DIA DATANGKAN KILAT DAN PETIR
KITA TERTANYA-TANYA KE MANA HILANGNYA MATAHARI
RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI

KADANG-KADANG ALLAH JARAKKAN HUBUNGAN KITA
KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA DENGAN DUGAAN
PUAS KITA MENANGIS MENCARI DI MANA SAHABAT KITA
RUPA-RUPANYA ALLAH HENDAK HADIAHKAN KITA KERINDUAN YANG BERPANJANGAN

TEMAN KIRANYA WAKTU INDAH YANG PERNAH KITA UKIR DAHULU MASIH KUKUH DI HATI
CORETLAH SECEBIS KENANGAN TENTANG AKU DI JIWAMU
AGAR TEGUH MENJADI MEMORI YANG UTUH DILAYAR PERSAHABATAN YANG KITA BINA DAHULU
YANG BERALASKAN KEIMANAN DAN BERTIANGKAN KEIKHLASAN
MOGA TALI LAYAR YANG BERSULAMKAN DOA ITU TIDAK AKAN PUTUS WALAU KITA BERJAUHAN
AGAR IA BELAYAR MENGELILINGI USIA YANG TETAP MENJADI KENANGAN

PERSAHABATAN ITU TERBINA ATAS RANTING KEJUJURAN
BERTUNJANGKAN KASIH SAYANG LALU MEMBUAHKAN KEMANISAN IKATAN
JIKA TERPESONG MAKA PATAHLAH RANTING REPUTLAH AKAR LALU ROSAKLAH BUAH
TEMAN SEJATI BUKANLAH DEKAT BICARANYA TETAPI YANG SENTIASA DI HATI
DAN DIINGATI DALAM SETIAP BISIKAN DOANYA….

KADANG-KADANG KITA TERLUPA KITA PERNAH GEMBIRA BERSAMA DIA
KADANG-KADANG KITA TERLEKA YANG DIA SELALU BUAT KITA TERTAWA
KADANG-KADANG KITA TERSENYUM KERANA DIA PERNAH BUAT KITA BAHAGIA
ADAKALANYA KITA MENANGIS KERANA TELATAHNYA MEMBUAT KITA MERINDUINYA
ORANG ITU ADALAH ORANG YANG PERNAH BERKONGSI SUKA DAN DUKA BERSAMA KITA
OLEH ITU HARGAILAH INSAN YANG IKHLAS MENYAYANGIMU
 
 
SAHABAT sememangnya amat penting dalam hidup kita kerana tanpa mereka kita mungkin tidak akan kenal erti kasih sayang. bagi saya, sahabatlah yang telah memberiku makna sebuah ikatan persahabatan yang tulus dan ikhlas. mereka juga sering membantu ketika berada dalam kesusahan malahan, mereka sentiasa ada walau dalam waktu duka atau gembira. sahabatku, terima kasih kerana sudi menjadi kawanku dan aku ingin memohon maaf andai pernah melukakan hati kamu...


From me: ziehilaikha@RozeanahAlip

anNIverSArry oF HilaikHA

23/02/2010
 merupakan hari yang paling penting dalam hidupku. ia merupkn hari dmna aku telah bertemu dengan 5 orang sahabatku yang telah mengajarku erti sebuah persahabatn dan keindahan dalam perhubungan persahabatan yang akan kekal selamanya. HILAIKHA merupakan lambang atau simbol kmi 6 bersahabt.

hargailah sahabat yang menyayangimu kerana dia akan sentiasa berada disisimu..dia juga akn membantu dan mengingatimu setiap detik dan waktu walau usia semakin berlanjutan..huhu

mEngHAyati susAh sesUDAh senaNG

Sebahagian besar daripada kita asalnya datang daripada keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu kecil, kita pernah merasa punyai hanya sepasang baju sekolah yang senteng kerana ayah tidak mampu membeli pakaian baru. Ataupun, kita menyarung baju yang gedoboh kerana ia asalnya pakaian sekolah abang yang diberi kepada kita.
Untuk berjimat, kita membawa bekal ke sekolah berupa lempeng atau cekodok sekadar mengalas perut. Walaupun diberi duit belanja, ianya cukup-cukup untuk membeli mi sepinggan dan segelas air sirap. Itu pun sudah cukup baik kerana ramai lagi kawan-kawan di waktu itu tidak membawa se sen pun ke sekolah. Mereka berlapar. Kalau haus, mereka menonggeng minum air paip sehingga kenyang. Tiada paip water cooler di sekolah pada zaman itu.
Di rumah, kita makan apa yang emak hidangkan. Kadang-kadang, makan malam kita adalah lauk tengahari. Ada juga masanya, makan malam kita adalah lauk dua tiga hari yang lepas, yang diperhangat sampai kering. Seisi keluarga akan makan hidangan yang sama. Bukan macam sekarang. Adakalanya, hanya si suami yang akan makan masakan isterinya, sedangkan anak-anak makan apa jua menu selain daripada masakan ibu.
Siapa yang tidak pernah merasai kemiskinan? Sama ada ketika di kampus ataupun di hari-hari terakhir bulan ketika hidup membujang, sebahagian daripada kita tentu sekali pernah mengalami situasi tidak berduit hendak makan. Keadaan itu cukup menyakit dan memalukan. Malu pada orang dan malu pada diri sendiri.
Sebab itu, kita berazam untuk mengubah cara hidup dengan belajar rajin-rajin hingga mendapat kerja baik, atau menjadi usahawan hingga hidup kita menjadi selesa, kaya dan akhirnya dihujani kemewahan yang melimpah ruah. Alhamdulilah. Kita yang asalnya susah dan 'makan untuk hidup' kini bertukar senang dan kini 'hidup untuk makan.' Betapa lama kelamaan, kesenangan yang berpanjangan itu menjadikan kita terlupa apa erti kemiskinan.
Kita yang mewah biasa melancong ke pelbagai tempat eksklusif atau bersantai bersama keluarga di kompleks membeli-belah. Di sana, kita lihat wajah-wajah yang riang gembira seperti kita. Kemewahan ada di mana-mana. Orang masih berbelanja walaupun ramai yang kata harga barang-barang sudah mahal.
Tetapi, kita tak akan terserempak dengan golongan yang sudah tidak mampu mengunjungi ke tempat-tempat rekreasi seperti kita. Mereka tiada di tempat-tempat ini. Mereka juga tidak kelihatan di gerai-gerai tepi jalan, di pasar-pasar tani, bahkan di pasar-pasar malam. Mereka hanya berada di tempat kerja. Selepas kerja, mereka akan berkurung di rumah. Pendek kata, mereka sudah berundur dari pentas dunia kerana lelah mengejar kesenangan. Mereka kalah dan terperosok di dalam dunia kemiskinan dan menyisih diri. Sebab itu kita sudah tidak temui mereka.
Apakah kebimbangan mereka yang miskin ini? Mereka bimbang bagaimana hendak memberi makan kepada isteri dan anak-anak, membayar sewa rumah, melangsaikan pelbagai jenis bil dan hutang piutang yang semakin bertambah. Hidup mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Masa depan mereka hanyalah setakat esok hari. Mereka tidak berani berpandangan jauh kerana yang dekat pun sudah tidak terlarat hendak difikirkan, apatah lagi diimpikan.

Barangkali, dalam keadaan risau dan hampir putus harap akibat kemiskinan, maka terdetik di hati mereka mengapakah Allah menjadikan mereka sesusah dan semalang ini? Mengapa mereka tidak bernasib baik seperti orang lain yang cukup makan pakainya? Oleh kerana melihat masa depan yang kelam dan suram, mereka tergamak mempersoal Allah yang menjadikan mereka malang sebegitu. 
"Hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran."
Meskipun hadis ini lemah, kemiskinan harta boleh membuatkan seseorang itu bimbang, risau dan putus asa. Kemiskinan harta boleh menjadikan seseorang itu juga miskin jiwanya hingga bertanya keadilan Allah yang mengatur segalanya.

Alangkah baik, dalam kemewahan kita pada hari ini, kita tidak lupa kepada mereka yang malang ini. Kita mesti menolong mereka. Apabila kita menghulurkan bantuan kepada mereka, tentulah mereka akan memanjatkan syukur kepada Allah. Mereka akan memuji-Nya kerana rintihan mereka didengari oleh Yang Maha Mendengar.
Jika sebelum ini, mereka mempersoalkan Allah kerana kemiskinan mereka, tidakkah bantuan yang kita sampaikan kepada mereka itu menjadikan mereka berterima kasih dan mengagungkan Allah kembali? Dalam erti kata yang lain, tidakkah bantuan kita menarik mereka dari jurang kekufuran untuk kembali meyakini-Nya?

Mari hayati zaman sukar kita dengan menyenangkan orang lain. Mari gembirakan hati kita dengan membahagiakan orang lain. 
"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia menyelesaikan kesulitan orang lain."(Hadis riwayat: Imam Ahmad)

Allah Maha Kuasa

Alihkan matamu ke arah laut,
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu rahsia didalamnya...

Begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa tapi hanya ALLAH
yang tahu rahsia kehidupannya...

Jika kau kecewa,
pandanglah ke sungai,
airnya mengalir biarpun
berjuta batu menghalang...

Jika kau sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa
ALLAH sentiasa bersamamu..

InsaN BernaMA waNITa

Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia,
tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA...

...bukan kerana KATANYA yang INDAH tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH...
...bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah...

...bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT...

Wanita Solehah,Bidadari Di Dunia & Akhirat

tedymeow
~apziehilaikha~

zie

kasih ibu & ayah

Coretan ini tiada kena mengena dengan Hari Ibu yang baru disambut (bila ya Hari Ibu?). Saya tidak menyambut Hari Ibu, Hari Bapa, mahupun Hari Kekasih. Biarlah. Bagi saya, ia hanyalah satu hal yang sengaja dibesarkan dan diadakan untuk dimanipulasi sang Kapitalis. Dengan membesarkan hal ini, kita menjadi konsumer mereka dengan membeli hadiah, makanan dan bermacam perkara tak perlu untuk diberi kepada Ibu dan Ayah kita.
Tunggu, jangan emosi. Tidak pula saya menyalahkan sesiapa yang menyambutnya. Sambutlah jika mahu. Tapi saya merasakan bukanlah caranya menunjukkan kasih sayang pada Ibu dengan menyambut dan memberi hadiah pada Hari Ibu. Bagaimana pula dengan sebilangan kita yang Ibu mereka yang telah pun bersemadi aman di bawah sana?
Lantaran itu, jika ada yang mengatakan, “Buat apa sambut Hari Ibu, aku sayang Ibu aku tiap-tiap hari,” saya akan katakan, “Kasih ibu, kasih abadi, selagi hayat kita dikandung badan.”
Betul, mengasihi Ibu bukan sekadar Hari Ibu. Kita belum tahu, apakah hadiah yang diberi, makan yang dibelanja dan kata yang diucap sudah cukup membahagiakan hati Ibu kita. Apakah ia cukup membalas salah silap kita terhadapnya (tak mampu saya senaraikan, sebab apa yang disenaraikan adalah dari pengalaman sendiri yang banyak buat salah pada Ibu)
Dalam keluarga saya, tidak pernah ada budaya cium pipi dan dahi Ibu dan Ayah. Yang ada hanyalah sekadar salam dan cium tangannya, apabila pulang dari kejauhan dan Hari Raya. Sehinggalah, salah seorang sahabat saya yang mengetahui hal ini. Dia berkata, “Kenapa tidak cium pipi dan dahi atau peluk Ibu dan Ayah sekarang? Apakah perlu tunggu Ibu dan Ayah sejuk dan pucat terbaring kaku, baru nak cium dan peluk dengan berlinang air mata..
Terima kasih buat sahabat saya. Terus saja dari nasihat itu, saya menunggu saat balik kampung dan peluk dan cium pipi dan dahi Ibu dan Ayah saya. Terasa rangkulan balas yang sangat erat, penuh kasih dan disulami mata berkaca. Bagi saya, itulah saat yang paling bahagia. Saya tidak tahu apa perasaan Ibu dan Ayah saya. Namun saya merasa aura kasih yang ikhlas mengalir dari kedua Ibu dan Ayah saya. Walaupun saya pernah dan sentiasa memberi cenderamata atau ucapan, bagi saya ia tidak dapat menandingi kucupan di pipi dan dahi Ibu dan Ayah. Sampai sekarang, saya merasai kehangatan kasih yang sama tiap kali mencium Ibu dan Ayah.
Begitulah, terdapat banyak cara mengungkapkan kasih. Material atau ucapan belum pasti dapat menjadi orang tengahnya. Kasih kita pada Ibu dan Ayah terletak di saat kita menyampaikan kasih kita kepada mereka dengan sepenuh dan seikhlas hati walau dengan apa cara sekalipun. Bukan dengan mengikut apa yang orang buat. Kerana semua meraikan Hari Ibu, maka kita pun turut sama dengan cara orang meraikannya.
Kasih pada Ibu dan Ayah bergantung pada kesanggupan kita berkorban menyenangkannya ketika hadir dan mengenangnya ketika berjauhan. Ia mesti menjadi keutamaan melebihi yang lain. Bersikap hipokrit dan ‘double standard’ kepada Ibu dan Ayah sendiri akan merugikan. Kerana hanya jalinan emosi yang ikhlas yang akan membolehkan kita merasa aliran kasih sayang Ibu dan Ayah.
Jadi, amat malang andai Ibu dan Ayah dikesampingkan dari orang lain. Ibu dan Ayah memberi duit dengan kasih, namun kasih itu digadai dengan top-up untuk telefon kekasih (baca: awek) berjam-jam setiap hari. Sedangkan Ibu dan Ayah langsung tidak dilayan begitu, malah tidak berhubung pun dalam seminggu. Hinggakan Ibu & Ayah pula yang menelefon si anak. Maka, jawablah si anak dengan nada mahu tak mahu. Maka, bagaimana mendapat berkat kasih sayang dari Ibu dan Ayah.
Itu cuma satu kisah. Masih banyak cerita yang telah, sedang dan akan berlaku yang boleh didramakan. Pokoknya, ia bergantung pada kita sendiri. Tanyalah hati, “Bagaimana telah ku layan Ibu dan Ayahku di depannya dan di belakangnya?”
Kasih pada Ibu dan Ayah juga bukan sekadar setiap hari dalam hidupnya. Kasih pada Ibu dan Ayah seharusnya kasih abadi, yang dijelmakan walaupun mereka telah tiada selagi kita masih bernafas. Namun, apakah kita menunggu jasad mereka terbujur kaku baru hendak kita mengucap kasih, maaf, berlaku baik, menyesal kesalahan dan berdoa?
saya sayang mama ngn papa saya,,,
“Wahai TUHAN kami, kasihinilah mereka berdua (Ibu dan Ayah) sebagaimana mereka telah mengasihi kami sewaktu kecil” (Al-Isra’ : 24)

Monday, 16 April 2012

wanita solehah

Apakah Ciri2 Wanita Syurga??



1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh

cinta halal

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.






Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Amin,,,,

sahabatku selamanya


Keranamu sahabat,aku berubah....
Jika dulu aku seorang yang lalai dalam mengerjakan suruhan ALLAH, kini tak lagi.
Aku dahulukan suruhan Allah,sedikit demi sedikit aku jauhi kemungkaranNYA.
Ini bukanlah bermakna aku seorang yang suka melanggar perintah ALLAH,cuma aku seorang yang jahil,suka melengah-lengahkan waktu solat.Dalam sehari ,solatku x mencukupi 5 waktu,hanya 1 atau 2 waktu aje. Aku bukanlah seorang yang suka berpeleseran ataupun suka merayau ke sana sini. Kehidupan aku hanyalah di rumah dan di sekolah aje. Pagi berada di sekolah manakala petang berada di rumah. Begitu juga bila musim cuti sekolah menjelang,rumahlah tempatku beristirehat. Pendek kata kebanyakkan masaku dihabiskan di rumah. Rumahku Syurgaku.
Keranamu sahabat,aku berubah.....
Jika dulu aku seorang yang bahagia dengan kehidupan dunia,kini tak lagi.
Sebab ku tahu bahagia di dunia hanya sementara,akhirat jua kekal abadi.Kini kebahagiaan akhirat yang ku kejar,sedikit demi sedikit ku tinggalkan keseronokkan duniawi. Syurga ALLAH menjadi matlamatku kini.Solatku mencukupi 5 waktu sehari semalam dan disamping itu,aku alunkan irama merdu dari AL-QURAN setiap hari. Terasa damainya hati,ketenangan milikku jua. Dulu aku bahagia,kini aku lebih bahagia kerana hatiku telah ke serahkan kepada ALLAH. Cintaku kepadaNYA melebihi cintaku kepada diriku sendiri.Nikmatnya jatuh cinta kepada PENCIPTA,tiada tandingannya,,
Keranamu sahabat aku berubah.....
Jika dulu aku seorang yang gembira dengan apa yang aku miliki,kini tak lagi.
Sebab ku tahu gembira di dunia takakan membawaku kemana-mana,aku mahu gembiraku membawa diriku hingga ke syurga ALLAH. Aku sebagai insan biasa, serba kekurangan,ku sedar semua itu. Aku terlalu hina di sisiNYA. Seringkali ku alpa dengan nikmat dunia, aku tak mampu jadi yang terbaik..Aku menangisi hidupku yang sia-sia selama ini.Aku terlalu leka dengan nikmat dunia,sehingga ku terlupa pada kekasihku yang satu.Tapi DIA tak pernah buangkan aku jauh dari sisiNYA. DIA tetap sayangkan aku sebagai hambaNYA.
Keranamu sahabat,aku berubah....
Terima kasih sahabat, keranamu aku berubah. Sahabat yang sentiasa memberi peringatan padaku tentang solat. Solat yang wajib di tunaikan dengan segera.Sahabat yang se ntiasa mengingatkan aku dengan amaran-amaran ALLAH.Sahabat yang sentiasa memberi nasihat untukku tanpa jemu-jemu. Sahabat yang sabar melayani kerenahku.Moga ikatan ukhwah antara kita berkekalan sepanjang hayat
UNTUKMU SAHABAT..
Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami....
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...
Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong....
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.....
Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi....
Saling kasih-mengasihi....
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai....
Biarkan ianya tersimpul.....
Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah....
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah.....ya Allah
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
Sahabat....
Seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku.......
Ampun dan maaf ku pohon........
Sahabat......
Terima kasih kuucapkan.....
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu......
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku......
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku.....
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku.....
Kerana sudi melayan setiap kerenahku....
Yang entah apa-apa.....
sahabat.....
Ketahuilah olehmu.....
Kau adalah di antara insan.....
Yang paling ku sayangi dan ku rindui.....
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.....
Sahabat.....
Sepimu tanpa sebarang berita.....
Membuatku tertanya-tanya.....
Apakah salahku kepadamu.....
Ku sedar siapa diri ini.....
Insan yang tak punya apa-apa....
Insan yang serba kekurangan.....
Sahabat.....
Seandainya takdir memisahkan kita.....
Ku pasrah segalanya.....
Andai itu telah tersurat.....
Maafkan aku wahai sahabat.....
Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu.....
Kini dan selamanya.....
Sahabat.....
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu....
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup....
Moga kau beroleh kebahagiaan....